Suami Curiga Tubuh Isteri Tampak Memar Setelah Pasang CCTV Semuanya Terbongkar dan Sangat Mengejutkan

Sayangi istrimu apapun Kondisinya. Cerita ini dikisahkan secara anonym dari warga Malaysia. Simak kisahnya berikut ini.

Saya berkahwin dengan isteri sejak 6 tahun yang lalu. Ia wanita pilihan ayah saya. Isteri saya tidak pernah bersekolah sejak kecil.

Ayahnya orang Cina (driver lori balak) dan ibunya pula Orang Asli. Mertua tidak menikah.

Isteri saya did3ra oleh neneknya sejak dari kecil. Kemudian dijaga dan dibesarkan serta bekerja di gerai makan milik bapa saudara sebelah ibunya yang sudah berkahwin dan beragama Islam, tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sepenuhnya.

Suami Curiga Tubuh Isteri Tampak Memar Setelah Pasang CCTV Semuanya Terbongkar dan Sangat Mengejutkan

Ayah saya berkenan pada isteri ketika dia menyertai lawatan ke penempatan Orang Asli. Dia mahu gadis itu dijodohkan dengan saya, katanya mahu menambah umat Nabi Muhammad dan kasihan melihat bakal isteri bekerja seperti kuli dalam keadaan yang tidak terurus.

Ketika itu, isteri belum mencapai usia 20 tahun. Ayah ingin bebaskan dia dari kehidupan yang d4if. Tambahan pula ketika itu saya baru saja putus pertunangan yang dimeterai hampir tiga tahun. Oleh kerana hati yang l4ra, saya terima saja memandangkan bakal isteri cantik, campuran Cina dengan Orang Asli.

Cuma dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis, tidak tahu tentang dunia, media sosial apa semua pun tak pernah tahu. Isteri saya tiada agama, tiada didikan agama sehinggalah dia berkahwin dengan saya, dengan nama indah yang dipilih saya sendiri.

Tetapi itu bukanlah isunya. Hasrat ayah disambut baik oleh ibu dan ibu setuju serta memberi harapan agar perkahwinan dipercepatkan. Ibu meminta saya dan isteri tinggal bersama dengannya agar ibu dapat dekatkan isteri dengan agama. Lagipun ibu sunyi di rumah dengan ayah yang bergilir ke rumah isteri lain dan juga kerap out station.

Adik pula masih belajar di IPT. Awal perkahwinan, kami keluarga yang bahagia. Ibu mengajar isteri solat/mengaji dan saya mengajarnya menulis dan membaca. walaupun kadang-kadang terasa jerih kerana dia amat su kar untuk memahami apa yang diajar. Lidah yang tidak pernah membaca, masakan mudah untuk mengaji dan solat.

Walaupun bacaannya tidak lancar, saya selalu menjadi imam buatnya di waktu malam. Lebih banyak dia mengikut saja pergerakan saya dari membaca bacaannya sendiri. Makan tahun untuk mengajar isteri, akhirnya dia mampu solat dan mengaji sendiri walau ketika dia mengaji saya selalu ketawa sendiri kerana cara bacaannya seperti kanak-kanak.

Sesungguhnya Allah sentiasa menduga hamba-hambaNya. Setiap suka, tentu ada du kanya. 12 Januari 2017 yang lalu, saya ternampak kesan berbir4t di kaki kanan isteri lalu saya tanya kenapa.

Katanya, dia terl4nggar bucu katil. 17 Januari 2017, ada kesan l3bam besar di lengan sebelah kanan. Saya menjadi semakin hairan tetapi bila ditanya, isteri kata dia terlanggar meja pula.

Dan yang menjadi semakin hairan, isteri semakin pendiam dan tidak banyak berbual. Dia lebih banyak menyendiri di dalam bilik walaupun sewaktu saya ada di rumah. Sesekali dia duduk berkumpul bersama. Selepas menyiapkan kerja rumah, dia kemudian masuk ke bilik tidur.

Saya m4ti punca, tidak tahu kenapa. Tetapi bila ditanya, katanya tiada apa-apa. Saya sangat buntu pada minggu itu. Bila tanya ibu, ibu cakap tiada apa-apa. Saya mohon kepada Allah, sesungguhnya tunjukkanlah saya jalan apa yang perlu saya buat.

24 Januari 2017, isteri ada kesan l3bam di dua tiga tempat belakang badannya. Tiada cara lain untuk tahu kenapa isteri jadi begitu, saya berkongsi cerita dengan kawan baik. Katanya, Camera will never lied to you..

Memandangkan dia seorang cyclist, dia pinjamkan saya goPro miliknya untuk digunakan di rumah. Letakkan di tempat paling tinggi, keseluruhan ruang akan nampak. Rekod hanya mampu selama 15 minit untuk setiap video tetapi jumlah rakaman selama 12 jam, katanya.
kawan, jasamu takkan pernah aku lupa.

Jam 6 pagi subuh keesokan harinya, saya letak GoPro senyap-senyap di atas kabinet pinggan hiasan ibu. Jelas nampak seluruh ruang tamu dan sedikit ruang dapur, dengan harapan Allah tunjukkanlah saya bukti. 25 Januari 2017, saya bawa GoPro itu ke pejabat. Ketika itu bateri sudah habis, maka saya perlu transfer data rakaman ke laptop untuk melihat rakaman video yang telah dirakam.

Saya tak sabar menunggu waktu rehat, supaya saya boleh melihat dengan tenang. Sebelum saya membuka rakaman, saya berdoa pada Allah tunjukkanlah saya jalan yang terbaik.

BACA JUGA :  Beda Akun X yang Dibisukan dengan Akun yang Diblokir?

Saya mainkan satu rakaman demi satu. Kelihatan ibu keluar mengajar kelas Al-Quran jam 8 pagi untuk ke madrasah. Sejurus itu kelihatan isteri saya keluar dari bilik untuk mengemas rumah, memasak di dapur untuk seketika. Tiada apa yang pelik berlaku.

Namun jam 11.25 pagi, ketika ibu pulang dari mengajar, isteri yang sedang menyapu di ruang tamu tidak semena-mena ketika ibu melintasi isteri di ruang tamu, ibu tarik rambut isteri dari belakang lalu dihumban kepala isteri ke lantai.

Saya terg4mam! Betulkah apa yang saya lihat ini? Saya ulang sekali lagi, ulang dan ulang. Ketika saya melihat video itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.

Jelas dalam rakaman itu, isteri saya sakit dan ket4kutan membetulkan rambutnya. Ibu datang semula dengan cepat dan ambil penyapu yang jatuh kemudian dilib4s belakang badan isteri. Tangan dihayun selaju-lajunya.

Isteri saya menahan penyapu dari terus memu Kul badannya. Tetapi ibu lib4s lagi sebelum hemp4s penyapu ke badan isteri.

Ketika saya menulis ini, saya masih lagi tidak mampu mengawal perasaan, menangis dalam hati saya mengingatkan apa yang isteri saya lalui. Saya tidak mampu menonton rakaman yang lain, terus tutup laptop. Saya menangis di meja semahu-mahunya sambil mengenangkan isteri.

Isteri saya tidak pandai dalam serbia-serbi, tidak pandai membaca, menulis dan bercakap pun masih tergagap-gagap. Dia juga takut berhadapan dengan orang yang tidak dikenali, tidak pernah mahu mengikut ke majlis keramaian kerana malu diperhatikan.

Saya berkahwin dan membawa dia tinggal bersama dengan ibu dengan harapan dapat merubah dia dari kehidupannya sebelum ini. Dia did3ra nenek dan bapa saudaranya, dic4bul sepupu dan tiada siapa yang membela nasibnya sejak dari kecil lagi. Sehinggalah dia berkahwin dengan saya.

Saya dengan penuh bangga dan mendabik dada kononnya saya telah menjadi penyelamat kepada isteri dari kehidupan yang m4lang.

Hakikatnya tanpa saya tahu, tiada bezanya kini dengan kehidupan yang lama dan yang lebih meny4kitkan ialah orang yang paling saya sanjung sejak dari kecil, yang paling saya sayang, yang saya dahulukan dalam semua hal telah meluk4kan hati saya serta isteri yang saya amat cintai.

Saya kemaskan barang-barang di office dan beritahu kawan-kawan yang saya ada masalah kec3masan dan terpaksa pulang segera. Saya offiday. Sepanjang perjalanan pulang, saya menangis.

Kenapa, kenapa ibu buat begitu pada isteri saya? Apa salah isteri saya?

Setibanya di pintu rumah, saya nampak isteri sedang menjemur baju. Ibu tiada kerana kelas mengajar ibu selepas Zohor. Ketika masih di dalam kereta, saya menangis dan isteri melambai-lambai dan tersenyum pada saya. Ketika saya melihat isteri, saya melihatnya dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang yang tidak pernah saya rasai pada sesama manusia selama saya hidup. Betapa tulus dan baiknyamu wahai isteri.

Tidak pernah walau sekali pun dia menceritakan apa yang ibu lakukan pada dia. Apatah lagi nak membu ruk-bu rukkan ibu saya. Siapa tahu, kan? Bila kita akan jatuh cinta lagi, jatuh cinta yang paling mendalam dalam hati. Itulah yang saya rasakan. Saya keluar dari kereta, isteri datang pada saya hulurkan tangan untuk disalam. Saya terus memeluknya dengan erat kemudian menangis.

Abang kenapa?soalnya. Kita kemas kain baju, bawa yang mana perlu bawa sahaja. Penuhkan satu beg, cukup kelengkapan kita berdua untuk seminggu. Jangan tanya apa-apa,kata saya padanya. Ketika itu hati saya sudah tidak mampu nak bertahan, bim bang tidak dapat mengawal emosi. Sesungguhnya Allah telah memberiku amanah untuk dijaga dan amanah ini akan saya jaga selagi mana hayat saya masih ada.

Sepanjang perjalanan pulang dari office, saya telah merancang untuk membawa isteri tinggal di hotel sementara saya mencari rumah sewa. Saya daftar masuk ke bilik hotel yang selesa untuk isteri agar saya tidak perlu risau akan keselamatan dia. Saya mesej ibu dan beritahu saya bawa isteri pulang ke kampung pakciknya untuk seminggu.

Bila ibu tanya kenapa, saya langsung tidak membalas mesej ibu. Ayah tidak tahu tentang hal ini kerana ayah selalu berjauhan. Ibu saya seorang yang disanjung masyarakat kerana mengajar mengaji di madrasah, mengajar kitab fiqah di kampung-kampung sebelum, seorang yang berpengetahuan tinggi dalam agama, cantik berpakaian dan kemas sentiasa.

BACA JUGA :  Dikabarkan Akan Menikah dengan Adam Rosyadi, Agnez Mo Mualaf?

Menjadi contoh buat ibu-ibu yang lain. Seorang yang saya sanjungi semasa kecil hingga dewasa dan juga bercita-cita mencari seorang isteri yang mempunyai akhlak dan ilmu seperti ibu.

Tetapi Allah temu dan jodohkan saya seorang isteri yang serba kekurangan, tidak berharta, tidak berilmu dunia apatah lagi akhirat. Salasiah keturunan yang celrau, tidak pandai bersiap, tidak pandai mencantikan diri, tiada apa-apa yang dapat bandingkan isteri dengan ibu.

Tetapi Allah itu maha kuasa. Saya temui cinta ikhlas, kebaikan dan ketenangan dalam hambamu yang paling serba kekurangan. Dia isteri yang paling saya cintai. Kini saya sudah menyewa sebuah rumah yang selesa buat kami berdua walaupun kecil. Tetapi isteri saya teramat gembira.

Setiap kali melihat wajah isteri, perasaan kasih itu tersentuh sampai ke dalam hati perasaan rindu itu lebih kuat dari sebelum ini. Untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini, isteri tidak pernah memberitahu saya tentang yang berlaku di antara ibu dan dia.

Setiap hujung minggu ketika cuti bekerja, saya bawa isteri pulang ke rumah ibu tetapi tidak pernah walau sekali saya biarkan ibu dan isteri berdua-duaan. Tidak pernah dan tidak akan berlaku lagi.

Kenapa pindah?tanya ibu. Senang nak berulang alik dari office ke rumah, jawab saya. Ibu dan ayah tidak tahu di mana tempat tinggal saya.

Saya sayangkan ibu tetapi saya sayangkan isteri saya lebih lagi. Dia tidak punya sesiapa di dunia ini. Hanya sayalah yang dia ada, hanya saya yang menjaga dia. Dia tidak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun media sosial.

Dia tak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook dan tidak mampu membaca mesej shortform. Ketika saya menaip ini pun, dia ralit dengan buku Harry Potter versi Melayu yang saya belikan untuknya. Sudah berminggu-minggu, belum habis satu buku.

Bacalah wahai isteriku, sesungguhnya walau apa yang kami lakukan di dalam dunia ini, ada seorang yang sangat kasih padamu, yang hatinya tidak mungkin tidak mungkin berbelah walau sedikit untukmu. Di dunia ini, mungkin kelihatan dirimu biasa-biasa sahaja, tiada istimewa tetapi saya harapkan syurga untuk kamu kelak.

Saya tidak pernah tahu dan tidak akan tahu mengapa ibu memperlakukan isteri begitu. Saya tidak akan bertanya dan juga tidak mahu mendengar.

Walau hati ini seperti tidak dapat memaafkan ibu, tetapi apalah daya sedangkan isteri saya seolah-olah melupakan apa yang berlaku. Mengapa saya yang perlu berlebih-lebih nak marah ibu?

Saya juga tidak tahu mengapa isteri saya tidak menceritakan apa yang berlaku, sejak bila diperlakukan oleh ibu. Saya takkan mampu untuk bertanya, risau akan mengeruhkan keadaan yang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tetapi pada detak hati saya, setelah sekian lama mengenali isteri, saya dapat rasakan isteri takut akan kehilangan saya. Dia tidak berkongsi cerita pada sesiapa kerana dia tidak mempunyai kawan atau saudara yang lain.

Dia tidak ceritakan pada saya kerana bim bang saya tidak percayakan dia lalu dia memilih untuk berdiam diri. Namun Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya yang ter4niaya.

Seandainya, jika isteri saya ceritakan apa yang berlaku, tentunya saya tidak akan percaya. Jika tidak menonton video kejadian itu sendiri..

Kerana itu Allah telah mengaturkan jalan paling terbaik untuk saya dan isteri. Buat para suami di luar sana, dengarlah apa yang isteri kamu rasa, apa yang dia lalui jika bersama ibumu.

Sesungguhnya layanan ibumu tidak akan sama di hadapan mahupun di belakangmu. Mohonlah pada Allah apa yang terbaik. Saya telah meletakkan hati saya supaya sentiasa redha dengan percaturan yang Allah telah tulis buat saya. Mudah-mudahan hati ini sentiasa kekal redha dengan apa yang berlaku.

Buat isteri, jika awak baca luahan ini suatu hari nanti, abang mohon maaf kerana telah meletakkan awak pada keadaan di4niaya oleh ibu abang, membiarkan awak mend3rita untuk seketika.

Tetapi awak perlu tahu, mungkin abang takkan selama-lamanya ada di sepanjang hayat awak. Tetapi abang akan sayangkan awak sepanjang hayat abang.

Sumber: Mindafilm.com
Apa kata anda? Dah baca sila share, like dan komen ya. Terima kasih

Loading