Viral ‘Request’ Lagu Doraemon Iringi Arakan Pengantin Menuju Ke Pelaminan

Impian setiap pengantin untuk memiliki konsep dream wedding di majlis perkahwinan sendiri. Samada daripada segi pelaminnya atau warna, ianya pasti akan mempunyai ciri khas mempelai yang diraikan.

Pengantin Viral ‘Request’ Lagu Doraemon Iringi Perarakan Menuju Ke Pelamin

Bercerita tentang majlis perkahwinan, tular baru-baru ini di TikTok menyaksikan sepasang pengantin disambut dengan lagu Doraemon. Siapa sangka lagu tema animasi terkenal dari Jepun itu menjadi lagu di hari persandingan? Unik dan menghiburkan!

Menerusi akaun TikTok @wee_chucks, sepasang pengantin dirai dengan tiupan saksofon lagu Doraemon. Kedua-duanya tersenyum sebaik sahaja tiupan itu dimainkan.

Dalam video yang sama, dapat dilihat konsep serta tema majlis terlihat mewah serta dihiasi dengan kombinasi warna putih dan coklat sama dengan warna baju yang dipakai si mempelai.

 1,628 total views