Bekas Imam Masjidil Haram Dijatuhi Hukuman 10 Tahun Penjara, Karena Kritik Acara Mencampur Lelaki dan Perempuan

Bekas Imam Masjidil Haram Dijatuhi Hukuman 10 Tahun Penjara, Karena Kritik Acara Mencampur Lelaki dan Perempuan

Mahkamah Rayuan Saudi telah menjatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun kepada bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka, Sheikh Saleh Al-Talib, baru-baru ini.

Memetik MEMO, organisasi itu berkata Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Jenayah Khas sebelum ini yang membebaskan Sheikh Al-Talib daripada tuduhan terhadap beliau.

Difahamkan, Al-Talib yang berusia 48 tahun telah ditangkap Agustus 2018, namun tidak ada penjelasan resmi yang dikeluarkan atas penahanannya. Beliau merupakan seorang Imam di Mekah waktu itu.

Bagaimanapun, pada waktu itu, kelompok advokasi media sosial, Prisoners of Conscience yang menjadi saksi penangkapan pendakwah itu menyebut, Al-Talib ditahan sesaat setelah beliau selesai berkhutbah yang bertema kewajiban bersuara menentang kejahatan dalam Islam .

Mengikut laporan Al-Jazeera pada 2018, dalam khutbah tersebut, Al-Talib mengkritik penganjuran acara bersifat perhimpunan atau keramaian yang membenarkan percampuran antara lelaki dan perempuan seperti konsert dan acara hiburan yang lain, seperti yang telah terjadi baru-baru ini.

Walaupun Al-Talib tidak menyebut kepemimpinan kerajaan Arab Saudi secara langsung dalam khutbah tersebut, namun ketika itu kerajaan yang dipimpin Putera Mahkota, Mohammed Bin Salman sedang menjalankan pembaharuan termasuk mengendurkan undang-undang yang menyangkut hal kehadiran wanita di dalam acara umum.

 318 total views